ok2! stop da. Ambe nak kongsi pasal pesanan Imam Al-Ghazali ni sikit suapaya kita tak angkuh dan sombong. aih... jangan la dok pikir cam, 'eleh!bajet baik le tu nak bagitau benda2 gini'. ish.. takde la, sebab tak baik la nak kongsi-kongsi, buat renungan sesama kita. Tak panjang mana pun pesanan ni, kalau mengeja sebutir-sebutir pun tak sampai 10minit, apa lagi yang baca pun lancar laju molek cam air terjun kan. ok, meh baca jom pesanan beliau:-
- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
- Apabila bertemu orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
- Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana telah banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.
- Jika melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam mengetahui.
- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat.
Pendek je kan? Jadi sebagai penutup, nak cakap la trademark Dr Izzi Hj. Ali.." renung-renungkan, dan selamat beramal~"
0 comments:
Post a Comment