Bila BERUK lebih baik dari SEBAHAGIAN manusia

Thursday, May 26, 2011

Macam yang kita semua tahu, belakangan ni macam2 video berkaitan kekejaman manusia yang boleh ditengok kat mana2 baik tv atau pun youtube. Yang di barat dengan vid bakar kucingnya, di jepun dengan pijak anak kucing menggunakan kasut tumit, di China dengan memasak ular dan ikan hidup2 dalam rancangan realiti tv mereka, dan yg di Malaysia dengan cik tomboi memukul kucing sehingga mati menggunakan payung.. yaaa, cik tomboi tersebut sudah meminta maaf sehingga ke ntv7, itu pun lepas diancam oleh orang ramai tentang perilaku beliau yg sengaja mintak penampar itu. 

Yang paling haram jadahnya adalah bila mereka tersenyum sambil melakukan aktiviti kejam tersebut.. Adakah ini sebahagian manusia yg dikaji oleh Darwin kerana sifat mereka yang lebih teruk dari beruk?? Atau pun mereka itu adalah makhluk berbentuk manusia tetapi berotak di punggung??? Ah... makin xpaham ambe dengan mereka2 yg dimaksudkan... Cuba tengok bawah ni...

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


tu diaaaaa


ololooo, tengok dia bawak camne...






Bila tengok beruk ni jaga, bawak kucing tu macam tu... sangat2 terharu je asenye... tengok cara dia jaga tu dapat rase feeeeeel CARE dia kat kucing tu... kalau la ambe jumpa beruk ngan kucing nih.. dua2 ambe bawak balik jage diorang plak..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...