MAKAN punya cerita

Thursday, December 30, 2010






salam... wah sehhh!! makan punya makan, sedar x sedar sebenornya rutin kita tu banyak kita buat xbetul berbanding yang betul. Kena pulak yang duduk jauh ke kerja ke apa, sekali balik kampung mak masak pulak ikan bakar, sup perut, daging kari, sup ketam, ayam masak lemak cili api, perghhh. Apa nampak, ngap! selambe dekk je kan. Haaaa, cuba cek apa yang JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAMMAD(selawat atas baginda) kita ajar, sama tak macam kita buat??

Ini adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau korang follow diet Rasullullah ini?. Garenti korang takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. meh cek yok!!


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.


# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.


# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... korang cuba ar....
Ianya takde ar dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita dah dok tua nanti. ala2 rokok gitu, muda2 isap rokok kuat nampak semput je, tapi yang kaki sukan semua boleh tahan lagi kalu main sukan diorang. tapi effect da berumur nanti tu haaa, dengan sakit jantungnye semua tu, baru nampak.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepotong ayat...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan  dengan mengamalkan:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 



so apa lagi, benda tak taw jadi taw, takkan baca je kan. tak buat semua, buat sikit2, perlahan2, molek benor daaa. Yang penting berterusan^^

cantiknya seorang WANITA

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipai lamai

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rinduh kekasih pasrah di atas sejadah

si SEKSI

wooohoooo~ sekali pandang da seksi, 2 kali pandang memang leleh sikit ar ayaq liuq tuh. Then bila da sentuh2, da raba2, terus je cakap bila la boley bawak dia balik rumah... haizzz. cek2 poket, ada ar syiling 2, 3 keping. cek2 wallet ade r 2, 3 keping kertas warna merah. sah2 xdapat bawak balik sekarang.. tunggu kerja laaaa. Awek mananya apa.. haiz. Kuning tol. Ceritanya gini benonyeee...

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

Masa cuti sem hari tu, ada la abang ipar balik kampung. Lepas sarapan, duduk depan TV sambil bukak paper. Mata sebijik tengok TV, sebijik lagi buat baca paper. Tiba2 ada iklan celit celah paper, 'PROMOSI AKHIR TAHUN'. Promosi apa??jeng jeng jeng!!! YAMAHA FZ!! huhu, sepuluh minit lepas baca paper tu, abang ipar terus je roger menggunakan bahasa isyarat ajak ambe ngan abang ambe pegi melawat tempat diadakan promosi tu. Seksi benor ke mendalah tu?? perghhh. tengok depan la baru bunyikkk, kalah nyonya kedai tuuu dia punya seksi. tp nyonya la, yang amoi xde la pulak kat kedai tu. wahaha. Anyway, ni la menatang yang buat aku jatuh chenta sikit

haaaaa, cube nengok punggung dieee.lentikkk

body memang da mantap ar
haaaaa, mantap kan?? aku ni bukan la kaki motor, tapi nak dapat sebijik gini, ada ar niat tu dalam hati kan. nak beli memang nak beli, awat??korang nk belanja?? huihhh, luas tapak tangan, motor Yamaha FZ ni ambe tadahkan. Kalau la bertunang nanti ke apa, xpayah 10, 15 dulang, 1 dulang FZ ni je cukup. wahaha 

FZ berposing ala2 model gincu 
sudah2. Tengok lama2 kang terngigau2 bawak ke tidur, xpasal2 kena rakam ngan rummet terus upload kat youtube. Tengok la.. nanti aku setart kerja, taw la kaw si SEKSI.. jaga kaw

aku dan BLOG

Thursday, December 2, 2010

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... lafaz suci dan pujian buat-Nya yang menjadikan aku masih bernafas sehingga saat ini, dan menjadikan tangan aku masih mampu untuk bergerak untuk menulis entry pertama untuk blog aku ni.. semoga apa yang aku tulis dan yang AKAN aku tulis akan terkawal dari ada tutur bicara yang akan membuat sakit ati pada mereka yang akan membaca blog aku nanti.

Tanggal 2 Disember 2010 ni aku mula menulis blog baru aku. Blog lame??ade ehh??huhu~aku dah banned dah. kenapa dan mengapa tu jangan tanya. Nanti miow2 saya marah ( tiba2 windu kt gibu dan anak2 yang ada kat rumah... )

ni la GIBU manja saye.. kucing paling lama membesar dengan saye
mungkin nanti ada yang baca blog ni, tengok tajuk,'aku dan BLOG' akan tertanya2 kenapa 'aku' tu kecik tapi 'BLOG' tu besar2 hurufnya. Tergeliat ke apa tangan mamat ni tertekan capslock masa nak tulis perkataan 'blog' tu kot, tapi xperasan. huhu~ bukan gitu.. sebabnya aku buat blog, adalah untuk berkongsi cerita, berkongsi maklumat dan macam2 yang berkaitan la. So, yang penting kat sini ialah blog, bukan aku. Aku cuma manusia biasa, cuma orang yang menulis, mengshare info2 berguna untuk diri aku dan jugak orang lain. Jadi aku nak kalau ada yang sudi membaca entry2 aku nanti akan kenal blog aku sebab penulisan dan isi kandungan dalam ni, bukan sebab aku ramai follower ke ape. huhu~

mak ngan abah masa kat Cameron(hari keluarga PPD)..alalalaa, romantiknyeww.hoho
siapa aku? ambe mak ayah bagi nama ZAHRUL HAFIZ dan mak dengan keringat dan lelah melahirkan ambe(syukur pada-Nya.. dan terima kasih mak..abah..) di Hospital Besar Tanjung Karang, Selangor pada 26 mac 1987 sebagaimana yang tertera dalam sijil kelahiran. Anak bongsu dari 3 adik-beradik, mula mendapat pelajaran dari mak ayah kat rumah sebelum masuk TABIKA KEMAS Tanjung Karang. Lepas tu mak ayah daftar masuk sekolah sesi pagi di Sek.Ren. Batu 9 Jalan Bomba dan sesi petang(agama) di Sek.Ren. Agama Seri Desa.. habis darjah 6, ambe berjaya ikut jejak kakak yang masuk sekolah asrama masa sekolah menengah, iaitu SMKAKS sampai tingkatan 5. Ambe teruskan pengajian ambe dengan mengambil tingkatan 6 di SMKASL dan akhirnya sekarang, ambe berada di UNIMAS Kota Samarahan, Sarawak meneruskan pengajian dalam bidang SENIREKA INDUSTRI(terima kasih cikgu2 yang bersusah payah ajar saya yang nakal ni sampai tahap seka).

Yang semangat gileeee buatkan blog aku ni adalah sorang pompuan yang kuat emo yang aku kenal time main ping pong tahun nih. Siapa tu belakang cerita. haha. mana la taw ada jodoh, kawin ke pulak nanti, ada la entry pasal dia dalam ni.

Er.. cukup dulu kot untuk pembukaan.. anyway aku bukan seorang yang berbakat dalam penulisan, buat orang menguap je baca benda tah apa2(bajet ada yang nak baca jeee), panjang pulak tu. Haiz.. apa2 hal pun blog ni masih baru, belum make-up lagi orang kata. Jadi kalau nampak bosan gile babasss, aku mintak maaf sesangat ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...