aku dan BLOG

Thursday, December 2, 2010

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... lafaz suci dan pujian buat-Nya yang menjadikan aku masih bernafas sehingga saat ini, dan menjadikan tangan aku masih mampu untuk bergerak untuk menulis entry pertama untuk blog aku ni.. semoga apa yang aku tulis dan yang AKAN aku tulis akan terkawal dari ada tutur bicara yang akan membuat sakit ati pada mereka yang akan membaca blog aku nanti.

Tanggal 2 Disember 2010 ni aku mula menulis blog baru aku. Blog lame??ade ehh??huhu~aku dah banned dah. kenapa dan mengapa tu jangan tanya. Nanti miow2 saya marah ( tiba2 windu kt gibu dan anak2 yang ada kat rumah... )

ni la GIBU manja saye.. kucing paling lama membesar dengan saye
mungkin nanti ada yang baca blog ni, tengok tajuk,'aku dan BLOG' akan tertanya2 kenapa 'aku' tu kecik tapi 'BLOG' tu besar2 hurufnya. Tergeliat ke apa tangan mamat ni tertekan capslock masa nak tulis perkataan 'blog' tu kot, tapi xperasan. huhu~ bukan gitu.. sebabnya aku buat blog, adalah untuk berkongsi cerita, berkongsi maklumat dan macam2 yang berkaitan la. So, yang penting kat sini ialah blog, bukan aku. Aku cuma manusia biasa, cuma orang yang menulis, mengshare info2 berguna untuk diri aku dan jugak orang lain. Jadi aku nak kalau ada yang sudi membaca entry2 aku nanti akan kenal blog aku sebab penulisan dan isi kandungan dalam ni, bukan sebab aku ramai follower ke ape. huhu~

mak ngan abah masa kat Cameron(hari keluarga PPD)..alalalaa, romantiknyeww.hoho
siapa aku? ambe mak ayah bagi nama ZAHRUL HAFIZ dan mak dengan keringat dan lelah melahirkan ambe(syukur pada-Nya.. dan terima kasih mak..abah..) di Hospital Besar Tanjung Karang, Selangor pada 26 mac 1987 sebagaimana yang tertera dalam sijil kelahiran. Anak bongsu dari 3 adik-beradik, mula mendapat pelajaran dari mak ayah kat rumah sebelum masuk TABIKA KEMAS Tanjung Karang. Lepas tu mak ayah daftar masuk sekolah sesi pagi di Sek.Ren. Batu 9 Jalan Bomba dan sesi petang(agama) di Sek.Ren. Agama Seri Desa.. habis darjah 6, ambe berjaya ikut jejak kakak yang masuk sekolah asrama masa sekolah menengah, iaitu SMKAKS sampai tingkatan 5. Ambe teruskan pengajian ambe dengan mengambil tingkatan 6 di SMKASL dan akhirnya sekarang, ambe berada di UNIMAS Kota Samarahan, Sarawak meneruskan pengajian dalam bidang SENIREKA INDUSTRI(terima kasih cikgu2 yang bersusah payah ajar saya yang nakal ni sampai tahap seka).

Yang semangat gileeee buatkan blog aku ni adalah sorang pompuan yang kuat emo yang aku kenal time main ping pong tahun nih. Siapa tu belakang cerita. haha. mana la taw ada jodoh, kawin ke pulak nanti, ada la entry pasal dia dalam ni.

Er.. cukup dulu kot untuk pembukaan.. anyway aku bukan seorang yang berbakat dalam penulisan, buat orang menguap je baca benda tah apa2(bajet ada yang nak baca jeee), panjang pulak tu. Haiz.. apa2 hal pun blog ni masih baru, belum make-up lagi orang kata. Jadi kalau nampak bosan gile babasss, aku mintak maaf sesangat ;)

4 comments:

micky eyqa said...

bru nk feel, tbe2 terbnti lak blog nie..

harfeez said...

mksud??

micky eyqa said...

eyqa tag
http://eyqaatiqah.blogspot.com/2010/12/giveaway-haven-restaurant-cash-voucher.html

TaufiqHafiidh said...

ni eyqa ada blog...kenangan ni...hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...