Kenapa kentut merupakan entiti MUDAH terbakar ek???

Friday, April 29, 2011

Semenjak due menjak ni dengan line yang entah apa2 campur masa yang agak sibuk...( sibuk la sangat ) membuatkan blog ni terdiam untuk sementara waktu. huuu.

Bila bukak2 jek, ade nampak komen dari 'MIJAH' yang mintak penjelasan tentang kentut ni entiti mudah terbakar. Mungkin ada eksperimen yang dia buat tapi xberlaku pulak sebagai mana dibayangkan. Mungkin jugak gambar dalam entry kentut dan fakta mengenainya tu yang gambo orang menonggeng ada api tu membuatkan lebih blur skit. haaa. Bab kentut ni femes gak rupenye~~

meh kita terjah sat PENJELASAN tu~zassssssssss!!!

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. 

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. 

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut. 


sumber : berita harian (29 april 2011)

Gas nitrogen 60%, 30% karbon dioksida dan 10%  pulak metana + hidrogen.
>> bagi budak2 sains memang tau la kepekaan gas2 kat atas ni ngan api, sy ni budak sastera jek^^, tapi cbe amik yg 60% tu je terangkan, yang lain cam nitrogen pe sume tu pun merupakan flamable punye gas~ tapi kalu da pening dok buat eksperimen nak kentut terbakar tu, sebelum baca benda bawah ni elok la ready koyok ke apa2 sebab kalau baca yang bawah ni pulak akan lebih pening sikit sebab penuh saintifik..ahh^^
Nitrogen (Latin nitrumBahasa Yunani Nitron bermaksud "soda asli", "gen", "pembentukan") secara rasminya dianggap dijumpai oleh Daniel Rutherford pada 1772, yang memanggilnya udara beracun atau udara tetap. Pengetahuan bahawa terdapat pecahan udara yang tidak membantu dalam pembakaran telah diketahui oleh ahli kimia semenjak akhir kurun ke-18 lagi. Nitrogen juga dikaji pada masa yang lebih kurang sama oleh Carl Wilhelm ScheeleHenry Cavendish, dan Joseph Priestley, yang menggelarnya sebagai udara terbakar atau udara telah flogistat.
NITROGEN molekul dalam atmosfera adalah secara relatifnya tak reaktif, tetapi dalam alam semulajadi ia dengan perlahan ditukar menjadi sebatian berguna dalam biologi (dan industri) oleh sesetengah organisma, lebih jelas pada sesetengah bakteria (lihatperanan biologi di bawah). Kebolehan untuk menggabungkan atau mengikat nitrogen adalah merupakan ciri utama kimia perindustrian moden, di mana nitrogen dan gas asli ditukar menjadi ammonia melalui Proses Haber. Ammonia pula boleh digunakan secara terus (terutamanya sebagai baja), atau sebagai bahan mentah kepada kebanyakan hasil seperti bahan letupan, kebanyakannya melalui penghasilan asid nitrik dalam proses Ostwald.
Garam-garam asid nitrik termasuklah sebatian penting seperti kalium nitrat dan ammonium nitrat, sejenis baja penting. Pelbagai jenis sebatian organik bernitrat lain, seperti nitrogliserin dan trinitrotoluena, digunakan sebagai bahan letupan. Asid nitrik digunakan sebagai bahan pengoksida dalam roket bahan api cecair. Hidrazina dan terbitan hidrazina digunakan sebagai bahan api roket. ^^


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...