SENI itu INDAH: bahagian 2 (origami)

Monday, February 7, 2011

Bagi orang biasa yang kurang kreatif berkaitan seni akan memandang kertas hanyalah kertas semata, buat tempat tulis dan print thesis atas tu. Bagi orang yang kreatif akan sekali-sekala menggunakan kertas tu sebagai tempat untuk mencurahkan idea atau inspirasi suatu imaginasi yang ada dalam fikiran dia baik melipat-lipat kertas tu menjadi bentuk kereta buat main tiup-tiup, buat roket, mahupun melukis diatasnya( lukisan conteng-conteng @ suka-suka). Bagi sesetengah mereka yang imaginasinya lebih lagi, akan mengambil kertas, dan membuat origami, yang sangat sukar. Kalau biasa kita tengok, lipat-lipat duit jadi love, simpan dalam wallet. Tak pun buat bentuk baju ke yang biasa-biasa je. Tapi diorang ni buat lebih dari tu, kalau pakai tanah liat, mungkin biasa, tapi lipat-lipat kertas jadi hasil yang sangat cantik tu, mungkin 4 atau 5kali lebih sukar dari tanah liat. Cek sikit origami dari pakar~












mantap kan? haaa. Ada antara kat atas ni hasil karya salah seorang pembuat origami yang terkenal, HOJYO TAKASHI sensei~ kalau korang nak tengok hasil karya dia lagi boleh klik WEBSITE ni. Tapi ambe nak ambil satu-satu tu memang banyak sangat nak masuk dalam ni. Jadi ambe cuma tambah sikit lagi bawah ni dengan hasil karya Mr. KAMIYA SATOSHI sensei!!! Siapa dia?? Sekarang dia digelar 'The Most Advance Origami Masters in the WORLD'!!! Lahir pada tahun 1981 di Nagoya, Japan. Bermula dengan origami seawal umur 2tahun dan mula serius dengan seni origami ni pada tahun 1995.

Dahsyat xdahsyat, detail xdetail, ni origami ciptaan beliau yang paling famous, RYUJIN 3.5
Kenapa 3.5?? Sebab beliau punya ciptaan mempunyai banyak versi, dan sentiasa ditambah baik. Sebab tu ada versi 3.0, 3.5, type 1, type 2. Kalau korang nak tengok hasil beliau sikit sebanyak ada dekat WEBSITE ni. Jadi bawah ni ambe masukkan lagi sebahagian artwork daripada Satoshi sensei~^^












































P/s: Uh.. Kalau ambe dapat pergi Jepun 1 hari nanti, teringin nak melawat Master Satoshi Kamiya nih.

SENI itu INDAH: bahagian 1 (street 3D art)

Sunday, February 6, 2011

Bermulalah sebuah entry berkaitan SENI dalam blog ambe...Dalam masa bertup tap tup tap jari menaip, sempat juga ambe main software3D rhino yang lama tak sentuh. Ambil 10minit untuk buat 3D siap render, malas punya cerita, apa yang ambe nak buat terus ambe cancel. Jadi hasilnya cuma basic yang simple mimple. Kalau orang tahu pakai software3D pun senyum aje buat 5minit. Saja ambe nak masuk dalam entry ni sebagai gambar pembukaan~^^.tadaaaa~

korang tgk, plain je kan BG tu. ijau kosong je. patut nak letak crack ngan skru pn cancel. malas!

Sebut tentang SENI atau kalau nak berlagak sikit, dalam bahasa inggerisnye ialah ART, bagi ambe ianya sesuatu yang sangat luas dan sentiasa diperlukan. Tapi sayang masih ada segelintir yang masih tak menyedari tentang luasnya bidang seni ni. Nak kata tak nampak, semua yang ada dekat seseorang tu, sekeliling seseorang tu, semuanya adalah seni. Sebelum cerita tentang seni ciptaan manusia, ciptaan-Nya sendiri penuh dengan seni, berwarna-warni. Pelangi dengan 7warnanya, pokok yang hijau dengan bunga warna-warni, matahari senja dengan oren yang cantik, penuh dengan seni tersendiri. Belum kira bentuknya lagi.

Dari situlah lahirnya ilmu seni dalam kehidupan manusia. Bagi mereka yang tak tahu betapa luasnya bidang seni ni, tak payah tengok jauh-jauh. 1st, cek pakaian korang. Semua putih je? sepesen je semua orang pakai?tak kan.. semua ada citarasa, berwarna warni, ada ropol-ropol, poket banyak la apa la, sampai tahu tudung warna apa sesuai dengan baju warna apa. Semua tu datang dari seorang fesyen designer. 2nd, iklan-iklan besar, poster wayang, even korang punya theme henset sekalipun, semua tu mana datangnya kalau bukan dari graphic designer dan mereka yang berfikiran seni. Then tengok pulak rekabentuk handphone, kereta, motor, perabot, mana datangnya kalau bukan dari industrial designer (oh2!! suka bidang ambe amik ni). Belum kira landscape, bangunan-bangunan, ruang dalaman, apa yang ada sekeliling kita adalah seni..seni yang tak akan habis. Dah2!!!panjang lebar bebel, ambe sebenarnya nak tunjuk street 3D art yang ambe tapis, yang boley dikatakan yang terhebat dari yang sangat hebat. Benda ni sebenarnya ramai dah tahu, cuma kali ni nak tunjuk yang ambe rase memang terbaekkkk punya!! jom tengok meh~

































Ni antara seni yang femes la sekarang. Banyak lagi hasil kreatif yang telah dizahirkan oleh mereka yang sangat kreatif ni. Nak tahu apa, nanti ambe buat lain punya entry~ saaayooonaaaraaaa!!

RM2 + ATM + STRESSFUL DAY!!!!

Friday, February 4, 2011

Dalam masa kengkawan seronok bercuti, ambe pon seronok jugak sebenarnya, tapi hari ni dalam seronok tu jadi sangat stress pulak. Kenapa??? ish... kisahnya bermula gini...........
_

_

_

_

_



Bermula lepas pukul 4petang, 4 februari 2010. Ambe lepas berjaya tamatkan game HALF-LIFE no1 punya, bercadang nak pergi main bowling yang tak jauh dari kolej, 10minit la kalau jalan kaki. Sambil tengok wallet yang cuma ada RM2, menambahkan semangat ambe untuk ke pusat bowling tersebut kerana mesin ATM milik RHB cuma setingkat atas dari tempat bowling tersebut, orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jadi ambe telah menetapkan pukul 5petang sebagai langkah permulaan plan ambe tersebut.

Menjelang 4.50petang, ambe dengan semangat yang berkobar-kobar membawa wallet dan stokin yang diselit dipoket belakang jeans ambe menuju ke destinasi yang dirancang. Setibanya ambe ke pusat bowling tersebut, hati ambe rasa tak sedap!! Gelappppp je pusat bowling tu macam dalam cerita misteri. Ambe tanya roommate ambe yang ambe ajak bersenam tangan tu tentang hal tersebut, mana tau mata ambe tersilap. Rupa-rupanya memang tutup pusat bowling tu hari ni. Seminggu 3kali ambe pergi untuk pool or karaoke di pusat bowling tersebut tanpa niat berbowling, tapi pool rosak dan token karaoke pulak habis tersimpan didalam mesin karaoke itu, tapi bila terniat nak main bowling, ah... alangkah hampanya ambe..


Setelah meneliti selama 5minit, ambe cuba menyedapkan hati ambe dengan naik ke tingkat atas, iaitu destinasi yang kedua, mesin ATM, RHB. Ambe mengeluarkan wallet sambil membuat gaya Rajinikanth(pelakon hindi terkenal), lalu mencucuk kad RHB baru ambe ke lubang yang disediakan untuk mencucuk kad tersebut. Setelah menekan-nekan arahan mengikut tertib, 'teeeeeeeeeet!!' 'harap maaf, urusniaga anda dibatalkan!'uh...3, 4 kali ambe cuba, balasan yang ambe dapat tetap sama. Roommate ambe kate, "oh, maybe duit dalam ATM tu abis kot".. ambe dengan pasrah menganggukkan kepala diikuti bunyi perut yang lapar yang belum diisi apa-apa sejak 15jam yang sebelumnya.

Dengan senyuman kerang suku masak, kami bercadang  untuk mengambil bas pada pukul 6petang, keluar ke pekan berhampiran. Memandangkan jam baru menunjukkan 5.15petang, ambe melangkah kaki pulang ke bilik untuk meletakkan stokin bersih ambe itu ketempat asalnya sambil berehat seminit dua sebelum memulakan aktiviti menunggu bas dan berjalan kaki ke pekan yang mengambil masa 20minit dari tempat bas berhenti.
bas yang ambe naik
Menjelang 5.50petang, secara tiba-tiba roommate ambe buat selambe, macam tak jadi teruskan perancangan tadi. La pulak... lantak la. Memandangkan perut kian berkeroncong apabila teringat tentang baki RM2 yang tertinggal mengisi ruang duit kertas dalam wallet ambe, ambe nekad meneruskan perancangan ambe tadi biarpun seorang.

Bas datang mengikut jadual. Turunnya ambe dari tangga bas, terus ambe menuju ke ATM bank Islam yang cuma 100meter dari tempat ambe menjejakkan kaki ke tanah tadi. Memandangkan hanya RHB bank sahaja ada duit belanja yang ayah masukkan, menggunakan kat RHB tersebut biarpun menyedari hakikat bahawa rm1 akan ditolak sekiranya transaksi berjaya, ambe teruskan juga. Tekan punya tekan, 'teeeeeeeet' 'urusniaga anda dibatalkan'. 2kali cuba, tetap sama. Ambe tak heran sebab pekan yang akan ambe pergi tu mempunyai cawangan bank islam dan bank rakyat yang juga mempunyai mesin ATM yang tersendiri.

pekan di Desa Ilmu, Samarahan, Sarawak

Pakcik yang femes
20minit berjalan, sampai juga ambe ke destinasi tersebut. Dari bank itu, ambe dapat melihat bangunan merah putih bersama logo pakcik tua yang sangat terkenal.."ya..bangunan KFC", hati ambe bermonolog. Ambe pun dengan riang gembira tanpa syak wasangka mencucuk kad di ATM bank rakyat, tanpa banyak tanya sebagai mana ATM lain, kad yang amba cucuk terus ditolak keluar!! 'harap maaf, permintaan anda tidak dapat di proses'. Bank Islam yang sebelahnya juga tidak dapat mengeluarkan wang ambe sebagaimana ambe inginkan. Ambe tensen!

PETRONAS Samarahan
Ambe telefon kawan ambe yang ade motor untuk tolong ambil ambe, sebab memang ada RM2 je, jangankan KFC, kedai makan lain pun cuma dapat air je dengan RM2. Beberapa minit kemudian, kawan ambe sampai dan ambe ceritakan tentang apa yang jadi. Kawan ambe terus mensuggestkan ATM maybank yang berada dalam stesen PETRONAS yang berhampiran. Dalam PETRONAS itu juga terdapat ATM RHB yang boleh ambe cuba. Tapi keputusan yang ambe dapat tetap sama...nak kata tak ada duit dalam akaun, ada! Kalau nak kata kad rosak, kenapa boleh masuk no pin semua, cuma bila nak cek baki atau keluar duit, baru tak berjaya! Server problems?? hm... maybe...

Akhirnya, duduklah ambe di kerusi bilik bertemankan laptop, semangkuk meggi kari bersama segelas milo 3 in 1... 3jam yang ambe lalui, untuk dapatkan duit belanja makan cuma sia-sia. Yang tinggal, cuma RM2 yang setia...

PING PONG + LINE BROADBAND yang baik hati

Tuesday, February 1, 2011

ah.. lamanya tak update blog ni, sori la sangat2 kat siapa-siapa yang datang menjenguk, sebab tak ada benda diupdate.. ni pun pinjam broadband kawan kejap.. tapi tak ada nak update benda penting sangat, cuma ada la seperkara yang rasa nak tulis kat blog ni sekejap, tu sampai sanggup pinjam broadband kawan.

ni la modem yang ambe pakai, sekarang da men cocok terus macam pendrive da
Sebenarnya baru balik dari bersukan tadi sebab ada member ajak main. Dah nama lelaki, mesti korang-korang yang laki ada sukan yang korang sangat-sangat suka kan? Maksud suka tu, sukan tu korang memang minat, dan jugak main sukan tu ala-ala macam pogram wajib yang kena main paling kurang sebulan sekali, baru la boleh dipanggil sukan. Kalau setakat poyo kata aku suka bola sepak, aku kenal semua pemain apa semua, bila pasukan kalah dok kutuk merata hala, tapi sendiri nampak nak turun main bola pun tak pernah. aduyai~

Bagi ambe, ambe memang tak reti nak main bola, kira kalau bahasa kasar dia, kaki bangku la senang cerita. Bab sukan ambe memang minat part yang pakai tangan ni macam badminton ke, bola keranjang ke, haaaa, memang suka sangat la, tapi paling best ambe suka ping pong. Kalau dah kat U ni, paling tidak seminggu tu 4kali la main. Tapi melayu ramai muncul bila cuti je, bila mereka yang berbangsa cina yang biasa main ping pong ni tak main, masa tu la yang melayu ni muncul. Bila tanya, "kenapa tak main sekali dengan mereka-mereka yang cina ni????" Alasan biasa, " segan la..", diorang terer la..sukan diorang.."~hmm.. diorang terer sebab rajin main. Bila main, diorang main bersungguh-sungguh. Ada pertandingan je masuk, kalah awal ke tak heran, janji experience. Ada budak lebih muda terer sikit dari diorang, even bukan sebangsa, diorang tak segan silu mintak tunjuk ajar, ajak main lagi. Kan ke beza tu pemikiran sebahagian kita nih..uh.. teringat pulak zaman awal-awal masuk U ni.. masa tu ahli kelab ping pong yang berbangsa melayu cuma ada sorang je, iaitu ambe~

masa masum 1st yer, 2nd sem, wakil UNIMAS.. ambe dengan sua panjang tutup aurat, serabut g zaman ni.huhu

1st year, 2nd sem gak, intraclub. masa ni ahli 98orang, 95cina, 2 bumiputra dan 1melayu
apa yang best, pertandingan ni dibuat di dalam bulan Ramadhan~ yaaa, masa kita semua yang beragama Islam berpuasa sebab masa tak banyak masing-masing sibuk nanti. Semua AJK masa ni tanya ambe, "boleh ke ni nak buat masa u puasa.. nanti tak adil pula, kesian u." uh... terharu ambe.. even ambe je sorang Islam masa ni, tapi diorang tetap tanya dulu. Ambe pulak ok jek, bukannya baru belaja puasa kan, takkan tak tahan lagi kot. Alhamdulillah rezeki ambe masa ni, ambe dapat 2emas 1perak.


Masa ambe 2nd year 2nd sem, masa bulan puasa jugak, masa ni ambe diamanahkan jadi AJK aktiviti, 16 AJK, ambe sorang je melayu dan Islam. Masa ni president kelab, Sam. Seorang yang tegas yang berasal dari Sibu. Satu petang tu dia datang dengan sorang dua lagi AJK lepas telefon suruh tunggu dekat papan notis, ingatkan kenapa ada mintak tolong buat apa-apa ke. Rupa- rupanya, "zarul, kami wakil dari kelab ping pong mau bagi u ini, buah tamar untuk u buka puasa. Selamat berpuasa ooo~ " uh... terharu ambe.. dapat kurma Yusuf tayyub dalam kotak!! tak silap harga rm18 yang dia bagi tu.. camtu sekali diorang ingat kat ambe.. sampai bila-bila ambe respect diorang.. apa ambe mampu buat, sentiasa support diorang dari belakang, dan doakan semoga diorang dapat hidayah untuk jadi salah seorang saudara kita..

Kadang-kadang dengar orang cakap ping pong macam boring jek, macam senang jek, geram jugak.. try dulu la baru tau. Setiap sukan payah, tak ada yang senang. Ambe sampai sekarang sepak bola tak kuat macam kawan ambe yang kaki bola tu. Even dah bertahun belaja silat, rupanya lebih payah sepak bola dari sepak orang. Dia kata bukan power, yang penting teknik. yaaa~ dan teknik tu yang menjadikan sukan tu payah dan mencabar. Setakat boleh main, budak-budak pon boleh.

Kenapa kata line broadband baik hati?? sebenarnya entah kenapa line broadband ambe lebih tak stabil berbanding roommate ambe, even kami pakai sim dari line yang sama. huuuu.. ambe punya line senang putus-putus, maka line tu baik sebab dia menguji kesabaran, menjadikan kita lebih bersabar kot. Kalau tak sabar, dah lama modem tu pecah kena baling kat dinding ataupun line tu terus di terminate.

Sebagai penutup.. tadi masa main ping pong dengan kawan, salah seorang kawan tu dapat panggilan telefon dari ahli keluarga dia. Lepas habis telefon, dia masuk ambil barang dia terus nak balik kolej. Masa cakap nak balik tu, ada perasan suara dia baru lepas menangis. Rupa-rupanya kakak ipar dia meninggal..(semoga ditempatkan bersama dengan orang yang beriman). Esok dia balik semenanjung. Entah bila turn kita pulak untuk kehilangan orang yang kita sayang buat selamanya.. atau pun sedar tak sedar, turn kita yang mungkin lebih awal..

>>>Apabila meninggal anak adam itu, maka terputuslah hubungannya dengan semua perkara kecuali 3perkara iaitu:- 

  1. Ilmu yang bermanfaat
  2. Sedekah jariah
  3. Doa anak yang soleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...