RM2 + ATM + STRESSFUL DAY!!!!

Friday, February 4, 2011

Dalam masa kengkawan seronok bercuti, ambe pon seronok jugak sebenarnya, tapi hari ni dalam seronok tu jadi sangat stress pulak. Kenapa??? ish... kisahnya bermula gini...........
_

_

_

_

_



Bermula lepas pukul 4petang, 4 februari 2010. Ambe lepas berjaya tamatkan game HALF-LIFE no1 punya, bercadang nak pergi main bowling yang tak jauh dari kolej, 10minit la kalau jalan kaki. Sambil tengok wallet yang cuma ada RM2, menambahkan semangat ambe untuk ke pusat bowling tersebut kerana mesin ATM milik RHB cuma setingkat atas dari tempat bowling tersebut, orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jadi ambe telah menetapkan pukul 5petang sebagai langkah permulaan plan ambe tersebut.

Menjelang 4.50petang, ambe dengan semangat yang berkobar-kobar membawa wallet dan stokin yang diselit dipoket belakang jeans ambe menuju ke destinasi yang dirancang. Setibanya ambe ke pusat bowling tersebut, hati ambe rasa tak sedap!! Gelappppp je pusat bowling tu macam dalam cerita misteri. Ambe tanya roommate ambe yang ambe ajak bersenam tangan tu tentang hal tersebut, mana tau mata ambe tersilap. Rupa-rupanya memang tutup pusat bowling tu hari ni. Seminggu 3kali ambe pergi untuk pool or karaoke di pusat bowling tersebut tanpa niat berbowling, tapi pool rosak dan token karaoke pulak habis tersimpan didalam mesin karaoke itu, tapi bila terniat nak main bowling, ah... alangkah hampanya ambe..


Setelah meneliti selama 5minit, ambe cuba menyedapkan hati ambe dengan naik ke tingkat atas, iaitu destinasi yang kedua, mesin ATM, RHB. Ambe mengeluarkan wallet sambil membuat gaya Rajinikanth(pelakon hindi terkenal), lalu mencucuk kad RHB baru ambe ke lubang yang disediakan untuk mencucuk kad tersebut. Setelah menekan-nekan arahan mengikut tertib, 'teeeeeeeeeet!!' 'harap maaf, urusniaga anda dibatalkan!'uh...3, 4 kali ambe cuba, balasan yang ambe dapat tetap sama. Roommate ambe kate, "oh, maybe duit dalam ATM tu abis kot".. ambe dengan pasrah menganggukkan kepala diikuti bunyi perut yang lapar yang belum diisi apa-apa sejak 15jam yang sebelumnya.

Dengan senyuman kerang suku masak, kami bercadang  untuk mengambil bas pada pukul 6petang, keluar ke pekan berhampiran. Memandangkan jam baru menunjukkan 5.15petang, ambe melangkah kaki pulang ke bilik untuk meletakkan stokin bersih ambe itu ketempat asalnya sambil berehat seminit dua sebelum memulakan aktiviti menunggu bas dan berjalan kaki ke pekan yang mengambil masa 20minit dari tempat bas berhenti.
bas yang ambe naik
Menjelang 5.50petang, secara tiba-tiba roommate ambe buat selambe, macam tak jadi teruskan perancangan tadi. La pulak... lantak la. Memandangkan perut kian berkeroncong apabila teringat tentang baki RM2 yang tertinggal mengisi ruang duit kertas dalam wallet ambe, ambe nekad meneruskan perancangan ambe tadi biarpun seorang.

Bas datang mengikut jadual. Turunnya ambe dari tangga bas, terus ambe menuju ke ATM bank Islam yang cuma 100meter dari tempat ambe menjejakkan kaki ke tanah tadi. Memandangkan hanya RHB bank sahaja ada duit belanja yang ayah masukkan, menggunakan kat RHB tersebut biarpun menyedari hakikat bahawa rm1 akan ditolak sekiranya transaksi berjaya, ambe teruskan juga. Tekan punya tekan, 'teeeeeeeet' 'urusniaga anda dibatalkan'. 2kali cuba, tetap sama. Ambe tak heran sebab pekan yang akan ambe pergi tu mempunyai cawangan bank islam dan bank rakyat yang juga mempunyai mesin ATM yang tersendiri.

pekan di Desa Ilmu, Samarahan, Sarawak

Pakcik yang femes
20minit berjalan, sampai juga ambe ke destinasi tersebut. Dari bank itu, ambe dapat melihat bangunan merah putih bersama logo pakcik tua yang sangat terkenal.."ya..bangunan KFC", hati ambe bermonolog. Ambe pun dengan riang gembira tanpa syak wasangka mencucuk kad di ATM bank rakyat, tanpa banyak tanya sebagai mana ATM lain, kad yang amba cucuk terus ditolak keluar!! 'harap maaf, permintaan anda tidak dapat di proses'. Bank Islam yang sebelahnya juga tidak dapat mengeluarkan wang ambe sebagaimana ambe inginkan. Ambe tensen!

PETRONAS Samarahan
Ambe telefon kawan ambe yang ade motor untuk tolong ambil ambe, sebab memang ada RM2 je, jangankan KFC, kedai makan lain pun cuma dapat air je dengan RM2. Beberapa minit kemudian, kawan ambe sampai dan ambe ceritakan tentang apa yang jadi. Kawan ambe terus mensuggestkan ATM maybank yang berada dalam stesen PETRONAS yang berhampiran. Dalam PETRONAS itu juga terdapat ATM RHB yang boleh ambe cuba. Tapi keputusan yang ambe dapat tetap sama...nak kata tak ada duit dalam akaun, ada! Kalau nak kata kad rosak, kenapa boleh masuk no pin semua, cuma bila nak cek baki atau keluar duit, baru tak berjaya! Server problems?? hm... maybe...

Akhirnya, duduklah ambe di kerusi bilik bertemankan laptop, semangkuk meggi kari bersama segelas milo 3 in 1... 3jam yang ambe lalui, untuk dapatkan duit belanja makan cuma sia-sia. Yang tinggal, cuma RM2 yang setia...

4 comments:

micky eyqa said...

alaa siannye

Mohd Faizal said...

so apa masalah dgn kad tu ?

Naszrul Haq said...

Aku hadapi masalah same... huhu

Unknown said...

haa,sama mcm aku bro..aku org brunei,aku call org bank dan tnya kad aku masih active ke tak,dia jawab masih active. tpi aku try kat atm masih je keluar ayat 'urusniaga di batalkan" sampai lah berbulan2, aku malas nk uruskan bank aku tu. buat aku stress je

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...