RM2 + ATM + STRESSFUL DAY!!!!

Friday, February 4, 2011

Dalam masa kengkawan seronok bercuti, ambe pon seronok jugak sebenarnya, tapi hari ni dalam seronok tu jadi sangat stress pulak. Kenapa??? ish... kisahnya bermula gini...........
_

_

_

_

_



Bermula lepas pukul 4petang, 4 februari 2010. Ambe lepas berjaya tamatkan game HALF-LIFE no1 punya, bercadang nak pergi main bowling yang tak jauh dari kolej, 10minit la kalau jalan kaki. Sambil tengok wallet yang cuma ada RM2, menambahkan semangat ambe untuk ke pusat bowling tersebut kerana mesin ATM milik RHB cuma setingkat atas dari tempat bowling tersebut, orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jadi ambe telah menetapkan pukul 5petang sebagai langkah permulaan plan ambe tersebut.

Menjelang 4.50petang, ambe dengan semangat yang berkobar-kobar membawa wallet dan stokin yang diselit dipoket belakang jeans ambe menuju ke destinasi yang dirancang. Setibanya ambe ke pusat bowling tersebut, hati ambe rasa tak sedap!! Gelappppp je pusat bowling tu macam dalam cerita misteri. Ambe tanya roommate ambe yang ambe ajak bersenam tangan tu tentang hal tersebut, mana tau mata ambe tersilap. Rupa-rupanya memang tutup pusat bowling tu hari ni. Seminggu 3kali ambe pergi untuk pool or karaoke di pusat bowling tersebut tanpa niat berbowling, tapi pool rosak dan token karaoke pulak habis tersimpan didalam mesin karaoke itu, tapi bila terniat nak main bowling, ah... alangkah hampanya ambe..


Setelah meneliti selama 5minit, ambe cuba menyedapkan hati ambe dengan naik ke tingkat atas, iaitu destinasi yang kedua, mesin ATM, RHB. Ambe mengeluarkan wallet sambil membuat gaya Rajinikanth(pelakon hindi terkenal), lalu mencucuk kad RHB baru ambe ke lubang yang disediakan untuk mencucuk kad tersebut. Setelah menekan-nekan arahan mengikut tertib, 'teeeeeeeeeet!!' 'harap maaf, urusniaga anda dibatalkan!'uh...3, 4 kali ambe cuba, balasan yang ambe dapat tetap sama. Roommate ambe kate, "oh, maybe duit dalam ATM tu abis kot".. ambe dengan pasrah menganggukkan kepala diikuti bunyi perut yang lapar yang belum diisi apa-apa sejak 15jam yang sebelumnya.

Dengan senyuman kerang suku masak, kami bercadang  untuk mengambil bas pada pukul 6petang, keluar ke pekan berhampiran. Memandangkan jam baru menunjukkan 5.15petang, ambe melangkah kaki pulang ke bilik untuk meletakkan stokin bersih ambe itu ketempat asalnya sambil berehat seminit dua sebelum memulakan aktiviti menunggu bas dan berjalan kaki ke pekan yang mengambil masa 20minit dari tempat bas berhenti.
bas yang ambe naik
Menjelang 5.50petang, secara tiba-tiba roommate ambe buat selambe, macam tak jadi teruskan perancangan tadi. La pulak... lantak la. Memandangkan perut kian berkeroncong apabila teringat tentang baki RM2 yang tertinggal mengisi ruang duit kertas dalam wallet ambe, ambe nekad meneruskan perancangan ambe tadi biarpun seorang.

Bas datang mengikut jadual. Turunnya ambe dari tangga bas, terus ambe menuju ke ATM bank Islam yang cuma 100meter dari tempat ambe menjejakkan kaki ke tanah tadi. Memandangkan hanya RHB bank sahaja ada duit belanja yang ayah masukkan, menggunakan kat RHB tersebut biarpun menyedari hakikat bahawa rm1 akan ditolak sekiranya transaksi berjaya, ambe teruskan juga. Tekan punya tekan, 'teeeeeeeet' 'urusniaga anda dibatalkan'. 2kali cuba, tetap sama. Ambe tak heran sebab pekan yang akan ambe pergi tu mempunyai cawangan bank islam dan bank rakyat yang juga mempunyai mesin ATM yang tersendiri.

pekan di Desa Ilmu, Samarahan, Sarawak

Pakcik yang femes
20minit berjalan, sampai juga ambe ke destinasi tersebut. Dari bank itu, ambe dapat melihat bangunan merah putih bersama logo pakcik tua yang sangat terkenal.."ya..bangunan KFC", hati ambe bermonolog. Ambe pun dengan riang gembira tanpa syak wasangka mencucuk kad di ATM bank rakyat, tanpa banyak tanya sebagai mana ATM lain, kad yang amba cucuk terus ditolak keluar!! 'harap maaf, permintaan anda tidak dapat di proses'. Bank Islam yang sebelahnya juga tidak dapat mengeluarkan wang ambe sebagaimana ambe inginkan. Ambe tensen!

PETRONAS Samarahan
Ambe telefon kawan ambe yang ade motor untuk tolong ambil ambe, sebab memang ada RM2 je, jangankan KFC, kedai makan lain pun cuma dapat air je dengan RM2. Beberapa minit kemudian, kawan ambe sampai dan ambe ceritakan tentang apa yang jadi. Kawan ambe terus mensuggestkan ATM maybank yang berada dalam stesen PETRONAS yang berhampiran. Dalam PETRONAS itu juga terdapat ATM RHB yang boleh ambe cuba. Tapi keputusan yang ambe dapat tetap sama...nak kata tak ada duit dalam akaun, ada! Kalau nak kata kad rosak, kenapa boleh masuk no pin semua, cuma bila nak cek baki atau keluar duit, baru tak berjaya! Server problems?? hm... maybe...

Akhirnya, duduklah ambe di kerusi bilik bertemankan laptop, semangkuk meggi kari bersama segelas milo 3 in 1... 3jam yang ambe lalui, untuk dapatkan duit belanja makan cuma sia-sia. Yang tinggal, cuma RM2 yang setia...

PING PONG + LINE BROADBAND yang baik hati

Tuesday, February 1, 2011

ah.. lamanya tak update blog ni, sori la sangat2 kat siapa-siapa yang datang menjenguk, sebab tak ada benda diupdate.. ni pun pinjam broadband kawan kejap.. tapi tak ada nak update benda penting sangat, cuma ada la seperkara yang rasa nak tulis kat blog ni sekejap, tu sampai sanggup pinjam broadband kawan.

ni la modem yang ambe pakai, sekarang da men cocok terus macam pendrive da
Sebenarnya baru balik dari bersukan tadi sebab ada member ajak main. Dah nama lelaki, mesti korang-korang yang laki ada sukan yang korang sangat-sangat suka kan? Maksud suka tu, sukan tu korang memang minat, dan jugak main sukan tu ala-ala macam pogram wajib yang kena main paling kurang sebulan sekali, baru la boleh dipanggil sukan. Kalau setakat poyo kata aku suka bola sepak, aku kenal semua pemain apa semua, bila pasukan kalah dok kutuk merata hala, tapi sendiri nampak nak turun main bola pun tak pernah. aduyai~

Bagi ambe, ambe memang tak reti nak main bola, kira kalau bahasa kasar dia, kaki bangku la senang cerita. Bab sukan ambe memang minat part yang pakai tangan ni macam badminton ke, bola keranjang ke, haaaa, memang suka sangat la, tapi paling best ambe suka ping pong. Kalau dah kat U ni, paling tidak seminggu tu 4kali la main. Tapi melayu ramai muncul bila cuti je, bila mereka yang berbangsa cina yang biasa main ping pong ni tak main, masa tu la yang melayu ni muncul. Bila tanya, "kenapa tak main sekali dengan mereka-mereka yang cina ni????" Alasan biasa, " segan la..", diorang terer la..sukan diorang.."~hmm.. diorang terer sebab rajin main. Bila main, diorang main bersungguh-sungguh. Ada pertandingan je masuk, kalah awal ke tak heran, janji experience. Ada budak lebih muda terer sikit dari diorang, even bukan sebangsa, diorang tak segan silu mintak tunjuk ajar, ajak main lagi. Kan ke beza tu pemikiran sebahagian kita nih..uh.. teringat pulak zaman awal-awal masuk U ni.. masa tu ahli kelab ping pong yang berbangsa melayu cuma ada sorang je, iaitu ambe~

masa masum 1st yer, 2nd sem, wakil UNIMAS.. ambe dengan sua panjang tutup aurat, serabut g zaman ni.huhu

1st year, 2nd sem gak, intraclub. masa ni ahli 98orang, 95cina, 2 bumiputra dan 1melayu
apa yang best, pertandingan ni dibuat di dalam bulan Ramadhan~ yaaa, masa kita semua yang beragama Islam berpuasa sebab masa tak banyak masing-masing sibuk nanti. Semua AJK masa ni tanya ambe, "boleh ke ni nak buat masa u puasa.. nanti tak adil pula, kesian u." uh... terharu ambe.. even ambe je sorang Islam masa ni, tapi diorang tetap tanya dulu. Ambe pulak ok jek, bukannya baru belaja puasa kan, takkan tak tahan lagi kot. Alhamdulillah rezeki ambe masa ni, ambe dapat 2emas 1perak.


Masa ambe 2nd year 2nd sem, masa bulan puasa jugak, masa ni ambe diamanahkan jadi AJK aktiviti, 16 AJK, ambe sorang je melayu dan Islam. Masa ni president kelab, Sam. Seorang yang tegas yang berasal dari Sibu. Satu petang tu dia datang dengan sorang dua lagi AJK lepas telefon suruh tunggu dekat papan notis, ingatkan kenapa ada mintak tolong buat apa-apa ke. Rupa- rupanya, "zarul, kami wakil dari kelab ping pong mau bagi u ini, buah tamar untuk u buka puasa. Selamat berpuasa ooo~ " uh... terharu ambe.. dapat kurma Yusuf tayyub dalam kotak!! tak silap harga rm18 yang dia bagi tu.. camtu sekali diorang ingat kat ambe.. sampai bila-bila ambe respect diorang.. apa ambe mampu buat, sentiasa support diorang dari belakang, dan doakan semoga diorang dapat hidayah untuk jadi salah seorang saudara kita..

Kadang-kadang dengar orang cakap ping pong macam boring jek, macam senang jek, geram jugak.. try dulu la baru tau. Setiap sukan payah, tak ada yang senang. Ambe sampai sekarang sepak bola tak kuat macam kawan ambe yang kaki bola tu. Even dah bertahun belaja silat, rupanya lebih payah sepak bola dari sepak orang. Dia kata bukan power, yang penting teknik. yaaa~ dan teknik tu yang menjadikan sukan tu payah dan mencabar. Setakat boleh main, budak-budak pon boleh.

Kenapa kata line broadband baik hati?? sebenarnya entah kenapa line broadband ambe lebih tak stabil berbanding roommate ambe, even kami pakai sim dari line yang sama. huuuu.. ambe punya line senang putus-putus, maka line tu baik sebab dia menguji kesabaran, menjadikan kita lebih bersabar kot. Kalau tak sabar, dah lama modem tu pecah kena baling kat dinding ataupun line tu terus di terminate.

Sebagai penutup.. tadi masa main ping pong dengan kawan, salah seorang kawan tu dapat panggilan telefon dari ahli keluarga dia. Lepas habis telefon, dia masuk ambil barang dia terus nak balik kolej. Masa cakap nak balik tu, ada perasan suara dia baru lepas menangis. Rupa-rupanya kakak ipar dia meninggal..(semoga ditempatkan bersama dengan orang yang beriman). Esok dia balik semenanjung. Entah bila turn kita pulak untuk kehilangan orang yang kita sayang buat selamanya.. atau pun sedar tak sedar, turn kita yang mungkin lebih awal..

>>>Apabila meninggal anak adam itu, maka terputuslah hubungannya dengan semua perkara kecuali 3perkara iaitu:- 

  1. Ilmu yang bermanfaat
  2. Sedekah jariah
  3. Doa anak yang soleh

MEREKA dan KITA

Thursday, January 27, 2011

Dalam sambil-sambil bancuh milo, masa line ni pandai tak nak putus-putus macam biasa, ambe rase tergerak hati untuk berkongsi sikit info untuk renungan diri kita. Biasa la manusia ni kan, sendiri je nak betol, tengok orang salah semua, maki bukan main. Haaaaa~tapi cuba kita singgah kejaaaaaaaap je kt entry ni, then baca la apa yang akan disampaikan sat lagi.


Tak ada yang menarik pun macam ala-ala cerita artis clash ke, menang anugerah apa ke tak ada kat entry ni. Tak tahu menahu sangat, tapi kalau korang nak cerita pasal discovery channel cam mythbuster ke, man vs wild ke, monster fish ke uihhhhhh, memang fav la siaran tu. ala-ala siaran wajib tengok gitu le. (ha ko, sekali bebel merapu tak hengat dunia da.Lari jaoh sungguh ngan matlamat utama entry ni).

ok2! stop da. Ambe nak kongsi pasal pesanan Imam Al-Ghazali ni sikit suapaya kita tak angkuh dan sombong. aih... jangan la dok pikir cam, 'eleh!bajet baik le tu nak bagitau benda2 gini'. ish.. takde la, sebab tak baik la nak kongsi-kongsi, buat renungan sesama kita. Tak panjang mana pun pesanan ni, kalau mengeja sebutir-sebutir pun tak sampai 10minit, apa lagi yang baca pun lancar laju molek cam air terjun kan. ok, meh baca jom pesanan beliau:-


  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  • Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana telah banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.
  • Jika melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam mengetahui.
  • Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat.
Pendek je kan? Jadi sebagai penutup, nak cakap la trademark Dr Izzi Hj. Ali.." renung-renungkan, dan selamat beramal~"

siapa kenal Nick Vujicic?????


Yaaa~ siapa kenal mamat ensem ni siapa dia sebenarnya??? korang tau tak? apa? tak tau?? tak apa, ambe akan kenalkan siapa mamat ni. ehhhh~ kenapa pulak tetiba je nak kenalkan mamat tah siapa ni kan, apa yang menariknya dia ni?? Baik aku amik tau pasal penyayi jepun comel lote kesayangan aku tu...haiz..

Sebenarnya Nick Vujicic ialah seorang yang...
_

_

_

_

_

_

_

_

_


yaa.. Dia seorang yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki ( kaki dia ada kecik tu je). Seorang penceramah motivasi yang sangat terkenal. Dah bagi motivasi kat macam-macam negara. Jom kita kenal-kenal dan ambil tahu sikit sebanyak kisah hidup dia~

Nicholas James Vujicic dilahirkan pada 4 Disember 1982 yang dilahirkan di Brisbane, Australia tanpa tangan dan kaki akibat dari penyakit yang dikenali sebagai Tetra-amelia yang jarang berlaku. Semasa zaman persekolahan, beliau selalu dibuli sehingga mengakibatkan beliau sangat tertekan sehingga pernah melakukan cubaan membunuh diri sejak berumur 8tahun. Semasa berumur 10tahun, beliau pernah cuba melemaskan diri dengan air sedalam 4inci. Beliau mula bangkit apabila pada suatu hari, ibu beliau menunjukkan article tentang seorang yang kurang upaya yang berjaya di surat khabar. Beliau menjadi graduan universiti dengan double major dalam jurusan perakaunan dan perancangan kewangan. Sehingga beliau memfokuskan diri sebagai seorang motivator sehingga sekarang.



Nick Vujicic Quotes:-

  • "I never met a bitter person who was thankful. Or a thankful person who was bitter"
  • "If I fail, I try again, and again, and again. If YOU fail, are you going to try again? the human spirit can handle much worse than we realize. It matters HOW you are going to FINISH. Are you going to finish strong?"
  • "The challenges in our lives are there to STRENGTHEN or CONVICTIONS.They are NOT there to run us over."
  • "Life without limbs? or life without limits?"
  • "In life you have a choice: Bitter or Better. Choose better, forget bitter."
  • "Fear is a bigger disability than having no arms and no legs."

UNDANG_UNDANG pelik (part2)

Wednesday, January 26, 2011

Oleh kerana malam ni hujan, sejuk membeku dan sedikit lembab menjadikan otak kurang rajin nak berfikir sangat(cakap je la ko malas penulis oiii).. Jadi setelah berfikir sepanjang beberapa saat dengan serius, ambe dengan senyum yang cute sikit dari kerang separuh masak nak sambung tentang LAW!!!cewahhhh~ macam lawyer pulak ambe nih (masuk bakul angkat sendiri ke penulis oiiii). Sudah!Sudah!Merapu meraban ambe, merapu lagi sebahagian undang-undang di beberapa kawasan ni yang ambe sambung dari part 1 tu. 


Kalau rasa berminat nak share ke apa, amik je situ ada button disediakan da. Kalau rasa tak berminat nak share, tapi berminat nak gubal sendiri undang-undang korang, gubal kat blog sendiri ye, pastu duduk kat penjuru bilik, ketawa sorang-sorang. Yang nak terus baca, bawah ni sambungan dari entry yang lepas..
  • Di Natoma, Kansas. Membaling pisau kearah orang yang berpakaian belang-belang adalah melanggar peraturan.(kalau baju x belang2 korang nampak, baling je. xpe, xsalah)
  • Di Perancis, mengahwini orang yang telah mati adalah dibenarkan (lembab beku otak ambe malam ni, lembab lagi orang yang bagi n buat benda xde faedah ni)
  • Di Miami, anda dilarang untuk bersuara meniru (imitate) bunyi binatang.(korang jumpe kucing kat sana jangan nak miow2, kena tangkap ambe tataw!)
  • Di bahagian Barat Virginia, hanya bayi sahaja yang dibenarkan menaiki kereta bayi (jadi kepada para ibu dan bapak, tolong.. jangan taw..nanti balik malaysia kita naik puas2 ye)
  • Sejak pembukaan disneyland(1955) sehingga tahun 1960, lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan masuk.
  • Adalah melanggar undang-undang jika anda menggadaikan gigi palsu anda di Las Vegas!
  • Anda dikira melanggar undang-undang sekiranya sendawa atau bersin disebahagian gereja di Omaha, Nebraska.(ni pandai2 la korang tahan ye)
  • Anda tidak dibenarkan menutup pintu kereta dengan kuat di tengah bandar di Switzerland
  • Anda dikira melanggar undang-undang sekiranya anda salah menyebut 'Arkansas' dengan betul semasa anda berada di Arkansas.(haha, kalau tergeliat lidah nak nyebut tu, jangan gatai la nak p sane)
  • Di San Salvador, mereka yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dijatuhkan hukuman mati di hadapan skuad penembak. (Negara kita tak nak buat macam ni ke??)
  • Di Massachusetts, anda tidak dibenarkan pergi ke katil sebelum mandi dahulu.(bagus benor peraturan ni)
  • Di Kentucky, anda tidak dibenarkan memancing di Sungai Ohio jika tidak memiliki lesen memancing Indiana
  • Di Kentucky juga, anda tidak dibenarkan membawa aiskrim di poket belakang.(beli aiskrim cone, letak kat poket tepi ke, depan ke xpe. Macam doraemon da)
Ada info tak dalam entry ni?? menarik tertarik kebabom tak? biasa la kan, budak baru nak belajo tulis blog gini la gayanya, ayat tah apa-apa. Bosan tak bosan blog ambe, sikit sebanyak ambe mintak maap la ye. Kadang-kadang sedar tak sedar mana la tau kan ada yang terguris terhiris kau memang da bomm, mintak maap awal2 la ye.

Entry tentang undang-undang unik ni akan sampai last chapter tak lama lagi. Ada 3 episod je entry pasal ni. Nak tau lagi update dia, rajin-rajin la jenguk blog ni (promote ke cik abang oii). wahaha!!!! Itu aje untuk entry ni, Chalo bete!

TERIMA ke TAK ni...??

Siapa yang sepanjang hidup dia tak pernah ada masalah sikit pun?? Lancar je kerja dia. Semua dia buat jadi macam dia nak, angkat tangan sikit. Ada ke???? Ambe rasa semua orang pernah melalui masa kesusahan atau bahasa speaking omputih dia, 'problem'. Tapi ambe tau korang-korang yang membaca entry ni semua sorang yang kuat lagi tabah, sebab tu korang dapat menghadapi dugaan dan ujian ni dengan sebaiknya. Bukan macam sebahagian yang siap sampai bunuh diri tu. Bajet lepas da la tu, da mati. Dia tak tau nanti kat dalam 'sana' tu dia kena ulang apa dia buat tu berulang kali. haiz... semoga ambe tergolong dalam orang yang tabah menghadapi ujian-Mu..amin..


Ambe pernah baca pasal benda ni dulu, sekarang ambe tulis balik benda ni dalam blog ambe. Sebagai renungan, sebagai peringatan kita tentang kasih sayang DIA. Kadang-kadang manusia ni stress lebih-lebih.. Bila ada masalah, baru nak berdoa ngadu dengan Tuhan, masa senang nak ucap syukur pun tak ingat. Bila susah, baru nak berdoa, bila tak jadi macam dia nak mula la cakap bukan-bukan. Merapu meraban cam tak betul. Tapi hakikatnya semua tu cenggini.....

Bila ALLAH cepat makbulkan doa kamu
maka DIA mencintaimu

Bila ALLAH lambat makbulkan doa kamu
maka DIA mahu mengujimu

Bila ALLAH tidak makbulkan doa kamu
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

maka hendaklah kamu bersangka baik terhadap ALLAH dalam apa jua keadaan pun

kerana kasih sayang ALLAH itu
melebihi kemurkaan-Nya...

"berdoalah kepada-Ku, Nescaya akan Aku perkenan bagimu.." (al-mukminun : 60)

*p/s: kalau doa tapi takde usaha pun tak guna jugakkk..kan?

KECANTIKAN LELAKI dan KEGAGAHAN WANITA

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tetapi kepada murni rohani...
lelaki yang cantik...

adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran

adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

adalah lelaki yang tenang dan lapang dada

adalah lelaki yang baik sangka

dan... kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati...

Seluruh kecantikan yang ada pada MUHAMMAD yang Ummiy...

adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki~

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan...
perempuan yang gagah...

adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

adalah perempuan yang tidak meminta-minta gara dipenuhi segala keinginan

dan...adalah perempuan yang berdiri di atas teguh Iman

seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yang Ehsan...

adalah kegagahan sempurna bagi seoramg wanita~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...