UNDANG_UNDANG pelik (part1)

Wednesday, January 26, 2011

Undang-undang yang digubal dalam sesebuah negara kadang-kadang agak pelik bila kita dengar. Tapi mungkin apa yang diorang buat tu ada sebab musabab yang tersendiri. Mana la tau kan ada rezeki lebih untuk kita pergi jalan-jalan oversea sana-sini, tiba-tiba dekat sana kita atau famili kita kena tahan ke apa sebab langgar undang-undang diorang. Parking kereta dekat tempat parking motor, pelik ke kalau cakap itu langgar undang-undang??? Biasa kot. Semua negara sama kot, so kita tak rasa pelik la. Kalau buat jugak tu bukan namanya tak tahu, tu namanya saja carik nahas atau mintak penampo free(maybe duit banyak sangat, tak kesah berapa kena bayar saman)



Bunyi tak bunyi, tahu tak tahu, nak pergi negara orang mesti la kena ambil tahu undang-undang tempat orang. Bukan main redah kejadah ikut selamba anak pakcik jiran sebelah, kan?haaaa.. apa-apa hal meh cek sebahagian peraturan yang jarang atau memang kita tak pernah tahu-menahu apa lagi nak ambik tahu ni


  • Di New York, adalah melanggar undang-undang bagi kanak-kanak untuk mengambil @ mengutip puntung rokok mahu pun curut
  • Di Quitman, georgia. Adalah melanggar undang-undang bagi seekor ayam untuk melintas jalan!(tak tau la pulak tindakan apa kena kat ayam tu, kena saman ke, reman ke)
  • Di Georgia jugak, keldai tak boleh dibawa ke dalam tub mandi.(so takde can la korang nak mandi ngan keldai dalam tub.Swimming pool ok kot)
  • New Jersey dan Oregon adalah dua negeri yang mana mengepam petrol sendiri adalah menyalahi undang-undang.(takde layan diri la senang cakap)
  • Di Alaska, anda tak boleh tengok rusa dari dalam kapal terbang kerana ianya melanggar undang-undang.
  • Adalah menyalahi undang-undang untuk anda memiliki kereta berwarna merah di Shanghai, China!
  • Anda melanggar undang-undang jika tidak SENYUM di Pocatello, Idaho!(senyum kan satu sedekah~)
  • Di Singapore, adalah melanggar undang-undang sekiranya anda menjual atau memiliki CHEWING GUM!(ada orang sana dan pelancong yang pernah ke sana kata kalau korang ada bawak masa pergi sana, xpe, tapi kalau korang duduk sana n jual, illegal. Kat kedai sana pun xde jual cinggam ni)
  • Di Chorpus Christie, Texas. Membela alligator di dalam rumah adalah melanggar undang-undang. (xde benda lain ke nak bela?)
  • Memiliki anjing peliharan bagi penduduk bandar di Iceland pernah dikira sebagai melanggar peraturan satu masa dahulu.
huhu.. kalau korang nak pergi tempat-tempat yang ada disebut kat atas tu, ingat la benda ni. Kang kena denda, jangan cakap ambe tak bagitau. Kalau tak pun, siapa suruh nak melancong tapi tak nak amik tahu peraturan tempat orang, kan. 

*p/s : kat Malaysia pulak, undang-undang apa yang pelik? sendiri pikir2 la ye

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...