Bila BERUK lebih baik dari SEBAHAGIAN manusia

Thursday, May 26, 2011

Macam yang kita semua tahu, belakangan ni macam2 video berkaitan kekejaman manusia yang boleh ditengok kat mana2 baik tv atau pun youtube. Yang di barat dengan vid bakar kucingnya, di jepun dengan pijak anak kucing menggunakan kasut tumit, di China dengan memasak ular dan ikan hidup2 dalam rancangan realiti tv mereka, dan yg di Malaysia dengan cik tomboi memukul kucing sehingga mati menggunakan payung.. yaaa, cik tomboi tersebut sudah meminta maaf sehingga ke ntv7, itu pun lepas diancam oleh orang ramai tentang perilaku beliau yg sengaja mintak penampar itu. 

Yang paling haram jadahnya adalah bila mereka tersenyum sambil melakukan aktiviti kejam tersebut.. Adakah ini sebahagian manusia yg dikaji oleh Darwin kerana sifat mereka yang lebih teruk dari beruk?? Atau pun mereka itu adalah makhluk berbentuk manusia tetapi berotak di punggung??? Ah... makin xpaham ambe dengan mereka2 yg dimaksudkan... Cuba tengok bawah ni...

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


tu diaaaaa


ololooo, tengok dia bawak camne...






Bila tengok beruk ni jaga, bawak kucing tu macam tu... sangat2 terharu je asenye... tengok cara dia jaga tu dapat rase feeeeeel CARE dia kat kucing tu... kalau la ambe jumpa beruk ngan kucing nih.. dua2 ambe bawak balik jage diorang plak..

SKOP TENTERA @ chinese military shovel

Wednesday, May 25, 2011

Korang tau x menatang yang namanya SKOP nih??? Benda alah ni digunakan untuk menyodok tanah. Kalau makcik2 kat kampung pulak diorang akan gunakan untuk membuang najis kucing sambil mulut bebel sebab kucing peliharaan mereka 'bom' merata2. Jadi bagi mengelakkan entry ni lari tajuk dengan niat asal, dengan segeranya ambe mempersembahkan~~~~~
_
_
_
_
_
_
TADAAAAAAAAA!!

eh!!! bukan yang ni!!! silap pulak!! yang bawah ni yang betullll~~
_
_
_
_
_


Haaa, tengok dari rupa aje dah taw dia ni multi-function kan?? Dengan bahan tahan lasak, ditambah banyak guna lagi yg bukan sekadar 5 in 1 bahkan dekat 10 in 1 kottt. Memang direka khas mengikut kesesuaian bagi aktiviti ketenteraan. Selain menyodok, ia boleh digunakan untuk mencangkul, membuka tin, menggergaji, menebang dan bermacam2 me, men, meng semua la. Kalau korang berminat, mana la tau nak wat koleksi ke ape, korang boleh cek kat ebay ni. Tapi kalau x silap ambe, sebijik mende ni lingkungan 40 ke 50 pound. Pandai2 la korang darab ngan RM ek. Bawah ni ada video yg menunjukkan apa yang mampu dilakukan dengan SKOP nih. 


wah~ada gadis lorhhh!!

Wahhh, mana la orang laki xsuka jogging kan? hoho. Sekali pulak tengah2 jogging nampak dari belakang seorang yang seksi. eh??? korang nampak x???ish..bukan yg ada belang merah puith tu.. tu tiang...




Laaa.. tu yang baju putih seluar pendek biru tu haaaa... xkan xnampak kot... xpe2, jom kita jog laju sikit, boleh kita tengok dekat sikit, misti comei nih!!!!!!


 _
_
_
_
_



WALAWEIHHHH!!!! hoho


Lukisan yang REAL GILE!!

Tuesday, May 24, 2011

Bila tengok sekali, memang xnampak macam lukisan.. tapi tengok dua tiga empat kali pun ada yang memang xnampak macam lukisan pun!!!! padahal hakikatnya ini adalah sebahagian lukisan oleh hyper-realist panters yg famous amos dalam kategori melukis nampak real nih seperti Roberto Bernardi, Eric Cristensen dan juga Steve mills.

Yang akan korang tengok kat bawah ni cuma sebahagian dari hasil painting diorang. Kalau rasa teringin nak tengok lebih2, korang boleh masuk portfolio website diorang. Klik je kat Roberto Bernardi, Eric Christensen atau Steve Mills.



















bukan cerita pasal m-pop 24:7 tp....

Lama xupdate blog, agak kesibukan ditambah line yang entah ape2 buat blog ni dah bersawang. Hari ni ambe mula bersihkan sawang2 tersebut dengan kisah,,,BRA!! korang jangan la pura2 buat tak tau menatang apa bra tu ek?? makanan ringan ke... atau pun kumpulan yang telah femes sebelum keluarnya lagu diorang iaitu m-pop 24:7. Jangan la rasa pelik or terkejut pulak, ehhh!! ape la wt entry pasal bra plak, gile rr.. x... nak tunjuk jenis yg pelik2 je, macam mana la boley ada design camtu. Nak tengok, ley teruskan, xmo xpe..

Pernah korang tengok bra yang pelik2?? nak kate kreatif tu ade gak, nak kata kreampeh pun ada jugak. Apa2 pun, jom kita tengok sikit mane tau korang berminat nak buat cenderahati ke apa tu aku tataw. jom2!!

1. Bacon bra

2. Barbed-wire bra
 3. Bra-dryer bra

 4. Crab bra

5.Chest hair bra ( ni bukan bra pakaian)

6. Faucet bra

7. Fish tank bra

8.The hand-full bra

 9.i-pod bra

10. LED bra

11. Lock and key bra

12. LumiTop bra

13. men's premium brassieres

14. Pangao massage bra

15. Peppermint bra

16. Piggie heads bra

17. Rice miso soup chopstick bra

18. Strapless and backless bra

19. USB bra

20.Wine rack bra

21. World's largest bra

Kenapa kentut merupakan entiti MUDAH terbakar ek???

Friday, April 29, 2011

Semenjak due menjak ni dengan line yang entah apa2 campur masa yang agak sibuk...( sibuk la sangat ) membuatkan blog ni terdiam untuk sementara waktu. huuu.

Bila bukak2 jek, ade nampak komen dari 'MIJAH' yang mintak penjelasan tentang kentut ni entiti mudah terbakar. Mungkin ada eksperimen yang dia buat tapi xberlaku pulak sebagai mana dibayangkan. Mungkin jugak gambar dalam entry kentut dan fakta mengenainya tu yang gambo orang menonggeng ada api tu membuatkan lebih blur skit. haaa. Bab kentut ni femes gak rupenye~~

meh kita terjah sat PENJELASAN tu~zassssssssss!!!

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. 

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. 

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut. 


sumber : berita harian (29 april 2011)

Gas nitrogen 60%, 30% karbon dioksida dan 10%  pulak metana + hidrogen.
>> bagi budak2 sains memang tau la kepekaan gas2 kat atas ni ngan api, sy ni budak sastera jek^^, tapi cbe amik yg 60% tu je terangkan, yang lain cam nitrogen pe sume tu pun merupakan flamable punye gas~ tapi kalu da pening dok buat eksperimen nak kentut terbakar tu, sebelum baca benda bawah ni elok la ready koyok ke apa2 sebab kalau baca yang bawah ni pulak akan lebih pening sikit sebab penuh saintifik..ahh^^
Nitrogen (Latin nitrum, Bahasa Yunani Nitron bermaksud "soda asli", "gen", "pembentukan") secara rasminya dianggap dijumpai oleh Daniel Rutherford pada 1772, yang memanggilnya udara beracun atau udara tetap. Pengetahuan bahawa terdapat pecahan udara yang tidak membantu dalam pembakaran telah diketahui oleh ahli kimia semenjak akhir kurun ke-18 lagi. Nitrogen juga dikaji pada masa yang lebih kurang sama oleh Carl Wilhelm Scheele, Henry Cavendish, dan Joseph Priestley, yang menggelarnya sebagai udara terbakar atau udara telah flogistat.
NITROGEN molekul dalam atmosfera adalah secara relatifnya tak reaktif, tetapi dalam alam semulajadi ia dengan perlahan ditukar menjadi sebatian berguna dalam biologi (dan industri) oleh sesetengah organisma, lebih jelas pada sesetengah bakteria (lihatperanan biologi di bawah). Kebolehan untuk menggabungkan atau mengikat nitrogen adalah merupakan ciri utama kimia perindustrian moden, di mana nitrogen dan gas asli ditukar menjadi ammonia melalui Proses Haber. Ammonia pula boleh digunakan secara terus (terutamanya sebagai baja), atau sebagai bahan mentah kepada kebanyakan hasil seperti bahan letupan, kebanyakannya melalui penghasilan asid nitrik dalam proses Ostwald.
Garam-garam asid nitrik termasuklah sebatian penting seperti kalium nitrat dan ammonium nitrat, sejenis baja penting. Pelbagai jenis sebatian organik bernitrat lain, seperti nitrogliserin dan trinitrotoluena, digunakan sebagai bahan letupan. Asid nitrik digunakan sebagai bahan pengoksida dalam roket bahan api cecair. Hidrazina dan terbitan hidrazina digunakan sebagai bahan api roket. ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...