UNDANG_UNDANG pelik (part1)

Wednesday, January 26, 2011

Undang-undang yang digubal dalam sesebuah negara kadang-kadang agak pelik bila kita dengar. Tapi mungkin apa yang diorang buat tu ada sebab musabab yang tersendiri. Mana la tau kan ada rezeki lebih untuk kita pergi jalan-jalan oversea sana-sini, tiba-tiba dekat sana kita atau famili kita kena tahan ke apa sebab langgar undang-undang diorang. Parking kereta dekat tempat parking motor, pelik ke kalau cakap itu langgar undang-undang??? Biasa kot. Semua negara sama kot, so kita tak rasa pelik la. Kalau buat jugak tu bukan namanya tak tahu, tu namanya saja carik nahas atau mintak penampo free(maybe duit banyak sangat, tak kesah berapa kena bayar saman)



Bunyi tak bunyi, tahu tak tahu, nak pergi negara orang mesti la kena ambil tahu undang-undang tempat orang. Bukan main redah kejadah ikut selamba anak pakcik jiran sebelah, kan?haaaa.. apa-apa hal meh cek sebahagian peraturan yang jarang atau memang kita tak pernah tahu-menahu apa lagi nak ambik tahu ni


  • Di New York, adalah melanggar undang-undang bagi kanak-kanak untuk mengambil @ mengutip puntung rokok mahu pun curut
  • Di Quitman, georgia. Adalah melanggar undang-undang bagi seekor ayam untuk melintas jalan!(tak tau la pulak tindakan apa kena kat ayam tu, kena saman ke, reman ke)
  • Di Georgia jugak, keldai tak boleh dibawa ke dalam tub mandi.(so takde can la korang nak mandi ngan keldai dalam tub.Swimming pool ok kot)
  • New Jersey dan Oregon adalah dua negeri yang mana mengepam petrol sendiri adalah menyalahi undang-undang.(takde layan diri la senang cakap)
  • Di Alaska, anda tak boleh tengok rusa dari dalam kapal terbang kerana ianya melanggar undang-undang.
  • Adalah menyalahi undang-undang untuk anda memiliki kereta berwarna merah di Shanghai, China!
  • Anda melanggar undang-undang jika tidak SENYUM di Pocatello, Idaho!(senyum kan satu sedekah~)
  • Di Singapore, adalah melanggar undang-undang sekiranya anda menjual atau memiliki CHEWING GUM!(ada orang sana dan pelancong yang pernah ke sana kata kalau korang ada bawak masa pergi sana, xpe, tapi kalau korang duduk sana n jual, illegal. Kat kedai sana pun xde jual cinggam ni)
  • Di Chorpus Christie, Texas. Membela alligator di dalam rumah adalah melanggar undang-undang. (xde benda lain ke nak bela?)
  • Memiliki anjing peliharan bagi penduduk bandar di Iceland pernah dikira sebagai melanggar peraturan satu masa dahulu.
huhu.. kalau korang nak pergi tempat-tempat yang ada disebut kat atas tu, ingat la benda ni. Kang kena denda, jangan cakap ambe tak bagitau. Kalau tak pun, siapa suruh nak melancong tapi tak nak amik tahu peraturan tempat orang, kan. 

*p/s : kat Malaysia pulak, undang-undang apa yang pelik? sendiri pikir2 la ye

dah tua ke???

uhhh~ tajuk tak boley bla. Nak tanya korang-korang yang lelaki yang umur 20an tak kira la dah kawin ke belum. Korang masih ingat tak makhluk pe namanya 'DASH YONKURO'?? hahaha, aduyaiii, kalau ada 20 orang ditanya tak mustahil 10 tu tahu-menahu benda nih. Zaman tu sanggup berlapar tak makan kat sekolah( bagus budak2 ni mase tu pandai simpan duet) semata-mata nak beli bendalah yang heronya pakai dalam cerita tu. Apa benda???

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_




ya!!!KERETA MINI 4WD!!uh.. kereta mini idaman ni. Oleh sebab terlalu femes punya pasal, asyik sold out je, sampai pasaran global dah tak buat lagi dah jentera nih. Masa tu memang addict gile kottt.. pantang cerita tu tunjuk geng yonkura, 1team tu kereta nak dibeli. Keluar episod super emperor, beli. Keluar great emperor, beli. Keluar Horizon yang bapak hero dia pakai pun beli. Senang cerita baik ke jahat ke semua nak beli. Gila tamak haloba la masa tu dengan benda nih.

Sekarang mungkin ada yang dah lupa feeeeeling dia macam mana sebab masing-masing tengah nak cekau PS3 dengan X-BOX360. Idak pun ngan fenomena kereta kontrol or helicopter kontrol. Tapi bagi sesetengah tu akan still anggap mainan ni LEGEND. Sampai ambe yang da berjanggut, da jadi pakcik kepada 2anak buah ni pun boleh terbeli secara tak sengaja bila nampak menatang nih minggu lepas!!! Tak dapat emperor or horizon, dapat super shooting star dengan grasshopper pun dah rasa batak sekejap.aduyaiiiii....

Macam ni la laki, kalau da minat tu, bawak ke tua pun kadang-kadang nak beli jugak mendalah macam ni. Tua sangat ke main lagi benda-benda gini??? haha, tu lantak apa nak kata.


*p/s: kalau korang tau kat mana ada jual lagi benda2 ni kat Malaysia, bagitaulaaaaa. gokey2 tak mo, tamiya or auldey je nak. Awek2 kalau tau pakwe korang kaki benda macam ni, try la bagi buat hadiah besdei ke. Senyum sampai telinga maunye dorang. Macam cik eyqa belikan sayeee~huhu

GONG XI FA CHAI

Tuesday, January 25, 2011



uihhh, gila lama tak menaip, stuck sekejap pulak. Sedar-sedar minggu depan nak setart cuti Tahun Baru Cina + studyweek sebelum mid term.. huhu. Penting ke aku buat ucapan Selamat Tahun Baru Cina ni?? haaa~ sebenarnya ambe ni ramai kawan-kawan berbangsa cina. Jadi, sekali-sekala nak gak buat tulisan tentang diorang. Tapi sebelum tu korang tau ke 'GONG XI FA CHAI' tu apa benda?? apa?? selamat tahun baru??? memandai korang ni kan. Memang kebanyakan kita yang bukan berbangsa cina yang tau sambut cuti je time ni akan cakap 'gong xi fa chai' ni selamat tahun baru cina kan? kan? baik korang ngaku! haha

Anyway, meaning sebenarnye lain dari apa yang korang pikirkan. haaa. Meh sini tengok..

XIN NIAN KUAI LE
maksud dia : Happy New Year @ selamat tahun baru
cara nak sebut dia : sin nien guai le

GONG XI FA CHAI
maksud dia : congratulations and be prosperous @ selamat dan sejahtera
cara nak sebut dia : gong xi fa cai
* cara sebutan dia banyak dialect, nanti ada lagi kat bawah bagi taw~^^

WAN SHI RU YI
maksud dia : may everything u do works out as u wish @ semoga semua yang anda lakukan menjadi seperti yang anda mahu
cara nak sebut dia : wan se ru i

ZHU LI MENG EN
maksud dia : god blesses u @ Tuhan memberkati kamu
cara nak sebut dia : cu li meng en

haaaa... ada paham? GONG XI FA CHAI ni ada banyak sebutan ikut dialect diorang.. so kadang-kadang kita dengar apasal dia sebut cam xbetul?? takkk, tu cuma dialect diorang. so antaranya:-

  • gong xi fa cai - mandarin
  • keong hee huat chye - hokkien
  • gung hei fat choi - cantonese
  • kung hei fat choi - hakka
habis cerita tentang maksud ngan sebutan, kat kesempatan merapu meraban tadi, nak gak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat kawan-kawan ambe yang berbangsa cina. Happy Holiday ohhh~
"oh!! ifg sho bifishefb"(its so delicios)-nicholas
"yaaa, bulat x mata saya!!"-how chu
zaruuul, ini means dua oh, bukan peace- chaiw fan

kwong lee wif his fiancee, miss chai

"i'm hidden leaf ninja!!watchaaa!"- kwong lee

uncle: "we are 1!!"
leong: "er... nine la uncle.."

"biar saya di tengah"- david

"zaruuul, u belum sarapan mehh~?mau ka ini?"- chai 3c

" we are a teeeeeeeeeeeeeeeeeeet"- sam and 3c

"ah! terhantuk pula" - karen n ah wong

king: "mari sini ooo ambil gambar!"
kiu: "ya la, ya la, jangan tarik saya kuat sangat"
nick: "apuuu~sibuk saja"

"oh2!!ada amoi mau ambil pic kita ohhhhh"

ramai2 : "say chessssssss!!
cameraman: "oi2!! not chess le, cheseeeeeeee"
aihh.. merapu je. sekiannnn~

KENTUT korang, ambe dan FAKTA mengenainya

Sunday, January 2, 2011

K.E.N.T.U.T... ringkas dan padat perkataan ni cukup sinonim dalam kehidupan seharian kita. Ada kentut yang berkeyakinan tinggi iaitu kentut yang kuat dan padu bunyinya dan ada juga kentut yang misteri yang tak dengar bunyik pun, tapi tiba-tiba ada bau. Part yang ni memang susah nak dikenal pasti pemilik kentu tu kalau masa tu dalam berkeadaan lebih dari 2 orang.


Cerita tentang KENTUT, berapa banyak fakta yang korang taw? Haaa, kadang-kadang benda simple mimple macam ni, kita kurang alert nak amik taw kan, memang tak kisah pun. Ok2, kali ni aku nak kongsi fakta tentang entiti misteri yang bernama kentut ni. jom check it out!!


  • Walaupun benda ni susah nak diakui oleh kaum hawa, namun hakikatnya mereka juga kentut sebanyak mana lelaki kentut. Sama je kuantiti 'tembakan' tu!!

  • Rata-rata kentut ni terdiri daripada 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, 7% metana, dan oksigen 4%... dan kurang dari 1% adalah apa yang membuatkan kentut ni berbau busuk~^^

  • Kentut juga adalah entiti 'mudah terbakar'!!!(flammable) 

  • Anai-anai adalah pengeluar terbesar kentut!!!!

  • Setiap orang menghasilkan kentut sekitar setengah liter setiap hari!!

  • Kentut mencatat kelajuan 10 meter per saat ( kalau 100m = 10saat, lebih kurang macam watson nyambek lari pecut)!

  • Suhu kentut pada saat kejadian ialah 98.6 farenheit @ 37 darjah celsius!!
Haa, ni la fakta-fakta tentang kentut. Tak salah sebenarnya kentut ni, sebab tu memang sebahagian dalam kehidupan manusia. Yang salahnya tu kentut sengaja depan orang dengan bunyi yang kuat, sah-sah kentut tu jadi ala-ala proposal mintak penyepak sebijik dua.

Kehebatan Sang KETIAK milik lelaki

Saturday, January 1, 2011

Korang pernah tau tak yang ketiak laki ni sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi?? err.. bukan dibuat makan ye, tapi bau yang terhasil dari ketiak lelaki ni mempunyai khasiat tersendiri yang dapat menghilangkan stress @ tekanan seorang wanita. Kira ala-ala bau lavender gitu. hoho


haaa.. kalau korang nak tau lebih lanjut, baca bawah ni:- 

     Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang
(dipetik dari majalah PA&MA keluaran feb 2004)
Amacam??? benda ni bukan main cerita ikut sedap je taw, tapi dah ada research. Apalagi, para isteri yang dah kahwin tu rajin-rajin la tidur dekat lengan si suami, sambil-sambil romantik, dapat gak hilang stress korang yang penat belajar maupun kerja.
Yang lelaki pulak peram la bau ketiak tu, kalau lepas bersukan tu, masa mandi, part ketiak jangan sentuh atau basuh, nanti kurang bau-bauan tu. hoho. Tak pun kalau lepas bersukan ke balik kerja ke, balik-balik bini membebel ke stress, calit ketiak tu sikit sapu kat hidung bini. Mana la taw stress dia hilang. Tapi yang penting cukur la, cabut ke bulu ketiak tu, ni sama panjang dengan ekor rambut yang di bela tu sampai boleh sorok cicak, tak senonoh la pulak kan~so??? renung-renungkan dan selamat beramal.^^

Fenomena Maher Zain

haaaa,, mamat yang bermuka sejuk mata memandang nih memang da jadi ala-ala 1 fenomena, memang da femes seluruh dunia da dengan lagu-lagu dia dalam album pertama dia. Sebut je nama dia, ramai yang kenal lagi-lagi perempuan yang cair dengar lagu dia 'for the rest of my life' yang dia nyanyi khas untuk isteri dia. woooot~^^ da berkahwin ae cik-cik adik semua. Sekarang lagu dia yang tadi tu masih ranking no1 dekat hotFM dan pernah datang ke Malaysia untuk buat persembahan. Tapi sejauh mana korang kenal mamat ni???





ok2, nama mamat ni Maher Zain dan dilahirkan di Lebanon pada 16 mac 1981. Mamat ni memang mempunyai darah seni dalam bidang nyanyian sebab ayah dia, Mustapha Maher pun memang seorang penyanyi. Masa umur 8tahun mamat ni berpindah ke Sweden dengan famili dan sambung belajar dekat sana. Masa dia umur 10tahun, dia dapat keyboard yang pertama dia(nak gak...). Lepas je mamat ni habis sekolah, dia sambung belajar dan ambil degree dalam bidang Aeronautical Engineering. yeahh. Dah la pandai, berbakat pulak tu. Dia ada mengakui dulu dia memang seorang yang liar-liar sikit, yang bermasalah sampai satu hari dia dapat hidayah sampai sekarang, tu yang muncul lagu 'Thank You Allah' yang merupakan lagu feberet ambe.

cover album pertama Maher Zain, thank you ALLAH

Kat atas ni cover album dia yang pertama yang mula dikeluarkan pada 30 oktober 2009. Berita paling latest yang dia bagitau dalam facebook official dia mingu lepas ialahhhhhh..jeng! jeng! jeng! agak-agak korang apa??? hooo.. sebagai tanda penghargaan atas sambutan dan penerimaan orang kita kat sini, Maher Zain minggu lepas mula pergi ke studio untuk buat rakaman lagu 'insyaALLAH' dalam bahasa MELAYU sebagai mana yang dia pernah cakapkan dulu lepas je habis buat performance kat Malaysia!!!! so memang ramai yang sah-sah tak sabar tunggu album dia yang kedua ni la kan~^^

Apa-apa hal pun, sama-sama la kita doakan kejayaan mamat ni. Tengok, siapa cakap lagu nasyid tak dapat popular macam lagu lain??

1 JANUARI 2011

weeeet~~~pom! pom! kebaboom!!

wooot!wooot!! Selamat tahun baru!! sekejap jew rasa da masuk tahun 2011! Biasanya benda macam ni yang rasa sekejap tu mestinya budak2 yang baru nak masuk tabika, yang baru habis darjah 6, budak-budak yang habis SPM dan budak-budak yang habis STPM sebab diorang akan merasa masuk alam baru^^..semoga tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya..aminnnn~

Sekali cek paper, ada pulak terbaca 'orang melayu minum arak' masa malam tadi sambil-sambil tunggu ladies night kat kelab malam.. Mesti ada bab yang kurang menyenangkan.. Tiap kali tahun baru, mesti ada kes-kes yang macam ni..

yummy^^

Abis daaa!! Bab tahun baru tolak tepi da, cerita lain pulak dalam masa yang sama, 1 JANUARI ni ialah haril lahir anak buah ambe yang no1 tu iaitu 'Muhammad Nur Amsyar Zakhwan'!!!!alalalaa, da makin besar anak buah ambe niii, degil tak payah cerita la, sama je macam korang time kecik-kecik, degil nakal-nakal gitu laa. Apa??? ambe?? Bila masa ambe degil?? memandai ae korang2 nih buat cerita^^hoho. Kalau acu ada kat rumah, nanti acu belikan kek secret recipe ae

hari kedua lepas lahir

hari ke empat lepas lahir

4bulan lepas tu

ni pulak time da setahun daaa
_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

ahaaa, besar dah pun, taun ni da masuk tabika
Kalau dia balik kampung, boleh jadi alat senaman dia nih. Dok berkejar sana sini layan kerenah dia. Dari tak bersukan jadi ahli sukan dah, dari yang berisi terus diet kejar dia, kalah jusmate5 dr.Rozmey. huhu.


La ni pulak, OnePlaza dekat belakang TESCO Kuala Selangor tak lama lagi tempat bowling akan dibuka bulan ni jugak lepas pembukaan panggung wayang dia yang baru beroperasi 3,4 minggu yang lepas. Sempat gak la layan cerita 'Ngangkung' kat situ. Memang jadi port family ar nanti tempat bowling tu sekali sekala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...