Kehebatan Sang KETIAK milik lelaki

Saturday, January 1, 2011

Korang pernah tau tak yang ketiak laki ni sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi?? err.. bukan dibuat makan ye, tapi bau yang terhasil dari ketiak lelaki ni mempunyai khasiat tersendiri yang dapat menghilangkan stress @ tekanan seorang wanita. Kira ala-ala bau lavender gitu. hoho


haaa.. kalau korang nak tau lebih lanjut, baca bawah ni:- 

     Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang
(dipetik dari majalah PA&MA keluaran feb 2004)
Amacam??? benda ni bukan main cerita ikut sedap je taw, tapi dah ada research. Apalagi, para isteri yang dah kahwin tu rajin-rajin la tidur dekat lengan si suami, sambil-sambil romantik, dapat gak hilang stress korang yang penat belajar maupun kerja.
Yang lelaki pulak peram la bau ketiak tu, kalau lepas bersukan tu, masa mandi, part ketiak jangan sentuh atau basuh, nanti kurang bau-bauan tu. hoho. Tak pun kalau lepas bersukan ke balik kerja ke, balik-balik bini membebel ke stress, calit ketiak tu sikit sapu kat hidung bini. Mana la taw stress dia hilang. Tapi yang penting cukur la, cabut ke bulu ketiak tu, ni sama panjang dengan ekor rambut yang di bela tu sampai boleh sorok cicak, tak senonoh la pulak kan~so??? renung-renungkan dan selamat beramal.^^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...